Keliru
Setelah sekian lama mengupgrade iPhone 4 saya dan isteri ke iOS 5, saya masih tidak dapat menghantar mesej menggunakan iMessage kepada isteri. Keliru dengan keadaan ini, akhirnya baru saya perasan, ia disebabkan hal yang saya anggap terlalu kecil tetapi besar bagi server Apple.
Lepas Pandang
Telah menjadi kebiasaan, apabila ingin menyimpan nombor telefon, kita akan abaikan +6 (kod bagi nombor Malaysia) di hadapan nombor telefon yang hendak disimpan. Inilah punca mengapa saya tidak dapat menghantar iMessage kepada iPhone isteri.
Jadi, sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, cuba tambahkan +6 atau nombor kod negara masing-masing di hadapan nombor telefon penerima iMessage.
--[[[Selamat Membaca]]--
0 komentar "Gagal Menggunakan iMessage", Baca atau Masukkan Komentar
Posting Komentar